Perjalanan Warisan Ibu

Warisan Ibu diasaskan oleh Che Azizah Sulaiman, beliau merupakan seorang yang sangat menggemari menyediakan juadah makanan kepada tetamu, bakat dan minat ini berputik apabila beliau menemani suaminya ke Amerika Syarikat yang meneruskan pengajiannya, Disinilah beliau memulakan menyediakan pelbagai jenis makanan tradisional di negara orang seperti nasi dagang dan lain lain .

Sekembali ke Malaysia, beliau meneruskan minatnya dengan menerima tempahan dan menyediakan juadah dari rumah. Beliau merupakan suri rumah dengan 6 orang anak pada ketika itu. Beliau sering mendapat tempahan untuk menyediakan makanan ala Kelantan seperti Kuih Tepung Pelita , Nasi Dagang dan Nasi Kerabu

Mula Berjinak Jinak Secara Serius

Pengusahaan Kantin

Dengan susanan dan rezeki Allah s.w.t yang maha sempurna dan maha pemurah, Che Azizah Sulaiman kemudian berkaloberasi dengan rakan kongsi yang juga sahabat karibnya di Shah Alam untuk menguruskan operasi kantin di Kuala Lumpur . Disinilah beliau didedahkan dengan teknik pengurusan pemakanan secara professional dan ini telah menjadi batu loncatan dalam kareer dan minat beliau, Atas minat yang mendalam, beliau tidak pernah merasa penat dan lelah dalam menguruskan pengusahaan kantin.

Perniagaan Restoran

Sekitar tahun 2000, Beliau bersama anak lelakinya telah memulakan perniagaan restoran di sekitar Shah Alam, Restoran pertama beliau bersama anaknya bernama Restoran Idaman Berkat yang terletak di depan pintu masuk Stadium Shah Alam, Tidak lama kemudian sekitar tahun 2006, beliau dan anaknya telah menukar lokasi kedai di seksyen 13 Shah Alam dan menamakan restoran baru beliau dengan nama Restoran Dhiafah. 

Warisan Ibu

Kini Warisan Ibu telah dilahirkan dengan tujuan untuk menyedikan juadah tradisi beliau di sekitar Lembah Klang. Jenama Warisan Ibu mula beroperasi pada Januari 2024